Info tentang cukai syarikat

Home Top Ad

Dibawah ini merupakan ringkasan garis panduan mengenai Peranan dan Tanggungjawab Perniagaan Milikan Tunggal dan juga Perkongsian. Semoga ini...

Garis Panduan mengenai Peranan dan Tanggungjawab Perniagaan Milikan Tunggal & Perkongsian

Dibawah ini merupakan ringkasan garis panduan mengenai Peranan dan Tanggungjawab Perniagaan Milikan Tunggal dan juga Perkongsian. Semoga ini dapat membantu sedikit sebanyak akan kefahaman kita mengenai Penyata Kewangan dan juga pekara mengenai Cukai.


PEMILIK PERNIAGAAN MILIKAN TUNGGAL (ENTERPRISE) & RAKAN KONGSI

PENYATA KEWANGAN
Setelah ditubuhkan, Pemilik atau Rakan Kongsi perlu menyediakan Penyata Kewangan yang terdiri daripada :

Kunci Kira-Kira
Penyata Pendapatan
General Ledger
Fixed Asset Schedule and detail dsb.
Untuk makluman, Penyata Kewangan yang lengkap, rekod, dokumen dan helaian kerja yang digunakan dalam pengiraan perlu disimpan selama tujuh (7) tahun untuk tujuan rujukan dan semakan terutama dari pihak LHDN iaitu proses Audit Cukai.

Selepas Penyata Kewangan telah disediakan, bagi Pemilik Perniagaan Milikan Tunggal (Enterprise) atau Rakan Kongsi akan mengetahui samada perniagaan tersebut mengalami Kerugian ataupun Keuntungan.

Bagi perniagaan oleh Rakan Kongsi, Keuntungan atau Kerugian perlulah dibahagikan berdasarkan kepada persetujuan bersama atau perjanjian perkongsian yang telah dibuat dahulu. Bagi tiada perjanjian perkongsian yang dibuat dan sekiranya berlaku permasalahan, Akta Perkongsian akan merujuk kepada pembahagian samarata diantara Rakan Kongsi.

Di dalam perkongsian. antara pekara yang dibahagikan adalah :
Keuntungan atau Kerugian
Elaun Modal

CUKAI

Bagi perniagaan Milikan Tunggal dan Perkongsian, mereka perlu tutup akan Penyata Kewangan pada setiap 31 Disember.

Melalui Penyata Kewangan yang telah disediakan, bagi Pemilik perniagaan Milikan Tunggal akan mengisi borang Cukai iaitu Borang B manakala Perkongsian akan mengisi Borang P.

Antara pekara penting yang terdapat didalam Borang BE dan Borang P adalah :
Keuntungan atau Kerugian Perniagaan
Keuntungan atau Kerugian Perniagaan Perkongsian (Selepas Pembahagian)
Kerugian Perniagaan tahun selepas (sekiranya ada)
Pengajian – Bagi mereka yang berkerja lain tapi pada masa yang sama berniaga
Lain-lain Pendapatan
Pelepasan dan pemotongan


Maklumat megenai Penyata Kewangan juga perlu diisi di dalam Borang B atau Borang P.

Antaranya Jualan, Belian, Stok, Susutnilai, Belanja-belanja, Aset Semasa, Aset Tetap, Liabiliti dan Modal. Borang ini juga melampirkan kertas kerja bagi melaraskan Keuntungan atau Kerugian perniagaan (Adjusted Income).

Terdapat item Perbelanjaan Yang Tidak Dibenarkan di mana ianya perlu dicampur semula dalam penghasilan Pendapatan Dilaraskan.

Antara perbelanjaan yang tidak dibenarkan adalah:
Susutnilai, Gaji, elaun, bonus, EPF Pemilik Perniagaan
Denda dan kompaun
Peruntukkan Hutang Ragu
Yuran Guaman (Not Business in Nature) dsb.

Selepas pengiran dibuat, maka individu tersebut akan mengetahui akan berapa jumlah cukai yang dikenakan (sekiranya ada). Jumlah yang terakhir didalam pengiraan seperti Borang B dinamakan Pendapatan Bercukai.

Disini kita akan merujuk Jadual Kadar Cukai mengenai berapa jumlah Cukai yang dikenakan.. Sebagai contoh Pendapatan Bercukai adalah RM70,000, berdasarkan Jadual Kadar Cukai adalah RM7,125 (Tahun Taksiran 2009).


PELAPORAN CUKAI LAIN

Pemilik perniagaan Milikan Tunggal mahupun Perkongsian perlu juga melaksanakan tanggungjawab lain seperti di bawah :
Pelaporan Penyata Saraan - Borang E dan Borang EA(E Form dan EA Form)- (Bagi setiap kewangan berakhir 31 Disember).
Bagi mereka yang ingin membuat pinjaman atau pekara-pekara yang boleh membuktikan dengan pekara cukai, mereka boleh membuat salinan-salinan sebagai bukti mengenai isu-isu percukaian.
Salinan Borang B (melalui e-filing atau salinan borang)
Salinan resit pembayaran cukai

Ketika ini LHDN telah menjalankan Sistem Taksiran Sendiri. Di bawah system ini, Borang J tidak lagi dikeluarkan kepada pembayar cukai. Pembayar cukai dikhendaki mengira sendiri cukai pendapatan mereka. Borang Nyata (Borang B) yang telah dikemukakan kepada LHDN dianggap sebagai notis taksiran.

0 comentários: