Info tentang cukai syarikat

Home Top Ad

Di dalam konteks cukai pula, setiap pendapatan yang diperolehi di dalam negara akan dicukaikan. Sekiranya kita berniaga tanpa menubuhkan apa...

Kenapa perlu mendaftar perniagaan

Di dalam konteks cukai pula, setiap pendapatan yang diperolehi di dalam negara akan dicukaikan.

Sekiranya kita berniaga tanpa menubuhkan apa-apa entiti seperti Peniagaan Tunggal (Enterprise) pendapatan kita akan dianggarkan seperti mana pengiraan cukai Perniagaan. Kita pula tidak boleh tuntut elaun modal, perbelanjaan yg terlibat didalam perniagaan seperti perbelanjaan minyak, toll, sewa kedai, perbelanjaan kenderaan dan sebagainya. Sekiranya perniagaan kita pula rugi, kerugian kita tidak boleh dibawa ketahun hadapan.

Terlampau banyak kekurangannya kalau kita berniaga tanpa entiti perniagaan yang sah.
Cadangan:
Pada peringkat awal berniaga digalakkan saudara mempunyai entiti perniagaan secara sah. Kos yan paling murah untuk menubuhkan entiti perniagaan adalah Perniagaan Tunggal (Enterprise) iaitu dalam anggaran RM70 hingga RM150 sahaja. Cukup murah dan senang dikendalikan. Perniagaan jenis ini banyak ditubuhkan oleh peniaga-peniaga kecil. Malah kalau kita hendak tutup perniagaan ini juga cukup mudah. Hanya perlu melaporkan secara rasmi kepada SSM tentang penutupan perniagaan ini.

Setiap entiti perniagaan terikat dengan undang-undang dan peraturannya tersendiri. Sebagai contoh Perniagaan Milik Tunggal (Enterprise) terikat dengan Akta Perniagaan manakala Syarikat Sdn. Bhd. pula terikat dengan Akta Syarikat. Dari segi cukai setiap perniagaan akan ditaksirakan cukai mengikut entiti perniagaan tersebut.

0 comentários: